Rosh Hashanah
Rosh Hashanah

Rosh Hashanah

Templat:NofootnotesRosh Hashanah (Bahasa Ibrani: ראש השנה‎, Biblical: IPA: [ˈɾoʃ haʃːɔˈnɔh], Israel: [ˈroʃ haʃaˈna], Bahasa Yiddish: [ˈroʊʃ hɑˈʃɔnə]) biasanya merujuk kepada Tahun Baru Yahudi (secara harfiah "kepala tahun"). Hari ini jatuh pada hari pertama bulan ketujuh kalendar Ibrani, Tishrei (Leviticus 23:24), bulan pertama ialah Nisan. Tiadanya istilah Rosh Hashanah ini digunakan dalam Torah. Dalam Leviticus 23:24 hari ini dirujuk sebagai "hari peniupan hon (Shofar)" (Yom Terua). Dalam Ezekiel 40:1 hari ini dirujuk sebagai "permulaan tahun" dan bukan hari pertama satu tahun. Sastera Rabbi dan liturgi sendiri menggambarkan Rosh Hashanah sebagai "hari pengadilan" (Yom ha-Din) dan "hari peringatan" (Yom ha-Zikkaron). Sesetengah penjelasan midrash menggambarkan Tuhan menduduki takhta, semasa buku-buku yang mengandungi perbuatan semua manusia dibuka untuk diulas, dan setiap orang menghadap Tuhan untuk menaksir perbuatan sendiri.

Rosh Hashanah

Bermula Awal hari pertama Tishrei
Diamalkan pada Agama Yahudi dan bangsa Yahudi
Juga dipanggil Tahun Baru Yahudi
Tarikh 1 TishreiTemplat:Infobox holiday/wd
Kepentingan Tahun baru Yahudi mengikut kalendar Ibrani. Memperingatkan Penciptaan dunia seperti yang ditulis dalam Alkitab.Permulaan 10 "Hari Ngeri" sebelum Yom Kippur.
Diamalkan oleh Bersembahyang di saumaah, mendengar bunyi shofar. Jamuan makanan perayaan dengan challah. Makanan bertuah seperti epal dicelup ke dalam madu, kepala ikan dan buah delima sering dimakan, dan juga buah-buahan baru pada malam kedua. Berehat daripada bekerja.
Berkaitan dengan Yom Kippur, "Hari Penebusan Dosa"
Tarikh 2020 date missing (please add)
Nama rasmi Bahasa Ibrani: ראש השנה
Tamat Akhir hari kedua Tishrei
Jenis Yahudi